Isnin, 27 April 2009

Renung...renungkan...

Perkara yang anda tak perasan atau saja tak perperasaan.......
1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
8. Anda seorang yang istimewa dan unik.
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.
11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Seminit Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.

Khamis, 23 April 2009

sukan iljtm wilayah selatan

18~20hb haritu sukan iljtm wilayah selatan kat ilp selandar..
last2 minit br cda join..asalnya x nak join..
yang menariknya,
inilah pertama kalinya sukan kami bawa nama ilp ledang (sebelum nie ilp muar)
banyak sejarah yg t'cipta...
keseluruhan ilp ledang dapat tempat ke-3..
yg membangga'n team netball bw balik piala pusingan...
(tahniahla pada k'yana n team)
tahniah gak pada team2 yg lain..korang mmg best...
kali nie cda join dart n bowling..
dart dapat no 2 kalah ngan mersing..
x sangka leh dapat no..
yela dart nie first time diadakan...
blaja main dart pn 2 hari je..sblm nie sentuh papan dart pn cda xprnh..
tq ar pada k'yana sbb ajar cda...




Selasa, 7 April 2009

Petua murah rezeki dan dijauhkan kesulitan

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,'Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?'

Sang Guru menjawab sederhana, 'Perbaiki penampilanmu dan ubahlah riak mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.' Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.

Mulai hari itu, wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya sentiasa menguntum senyum bersahabat. Riak mukanya berseri.

Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah air muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, fikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat di atasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Isnin, 6 April 2009

Kursus TTT

TTT tu apa? Traine The Trainer ar..

Dalam kursus nie diajar camner nk jadi seorg trainer yg berkaliber..
banyak ilmu yg leh dikaut tau...
Time kursus plak mmg sronok...banyak sesgt aktiviti..

TQ kepada miss Dan atas tunjuk ajar...
Kepada kengkawan yg lain...
smoga kita dapat jumpe lg next time..




Jumaat, 3 April 2009

tgk nie...

tengok gmbo nie elok2..

Induksi umum & khusus


Kursus induksi yg cda lalui nie lain dari yang lain... unic cket..
mana x nye...peserta cuma ada 11 org jer..6 lelaki 5 perempuan..
Penceramah2 yg hadir sumer t'kejut... mmg sejarah lah...
bila dah kurang peserta nie, so kitaorg jd rapat la...
kursus pn enjoy..
Kursus plak kat Tanjung Tuan Beach Resort PD...
apalg layan perasaan la ngadap laut...
tenang jer jiwa...chewah...


kpd ayu, k'rohaida, k'tuan, k'nurien, abe khailani, syafie, humaimi, fairus,
yangkut, firdaus.... kawan ngan korang mmg best..



Hai

Halooo...
Selamat datang ke laman blog shida..
Shida baru blajar wat blog...sronok gak wat blog rupanya..
maklumlah bab2 IT nie kurang b'minat cket..
kalo ada teguran yg m'bina...dialu2'n...

mana tau ada yg nk komen ker...